Gempa sederhana di Taiwan, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

0
2

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.2 magnitud dilaporkan berlaku di rantau Taiwan pada jam 4.15 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi kenyataan memaklumkan bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Menurut MET Malaysia, kejadian gempa bumi tersebut berlaku pada koordinat 24.1 darjah Utara dan 122.1 darjah Timur.

“Manakala jarak kejadian adalah 117 kilometer Tenggara dari Taipei, Taiwan dengan kedalaman 28 kilometer,” katanya.

Terdahulu hari ini, MET Malaysia memaklumkan letusan gunung berapi di dasar laut perairan Tonga di Pasifik Selatan semalam tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Ia berdasarkan kepada pemantauan berterusan, semakan bacaan tolok pasang surut serta boya antarabangsa dan tempatan, serta maklumat laman sesawang Regional Tsunami Service Providers (RTSP). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here