‘Saya tiada masalah kenali Shuib lebih rapat’ – Vida

0
2

JUTAWAN kosmetik, Datuk Seri Vida mengakui dirinya tiada halangan untuk mengenali pelawak Shuib dengan lebih dekat.

Malah Vida mengakui tidak akan menolak takdir sekiranya bertemu jodoh dengan Shuib memandangkan lelaki itu memenuhi ciri-ciri lelaki idaman yang dicari selama ini.

“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat.

“Lagipun sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia, kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi,” katanya dipetik Harian Metro.

Vida juga menjelaskan, dia sudah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan arwah Siti Sarah.

Berbanding Shuib, Vida yang sudah beberapa kali menemui kegagalan dalam rumah tangga pastinya menginginkan pasangan hidup yang serasi.

Menurut Vida, biarpun ada segelintir orang menganggap dirinya serasi dengan pelawak itu namun setiap perhubungan perlu melalui proses perkenalan dan restu.

“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka.

“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan.

“Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here