Baby bump isteri Fizo jadi tumpuan netizen

0
2

FOTO dan video percutian pelakon Fizo Omar bersama keluarga baru-baru ini, mencuri perhatian netizen yang mula mengesyaki isterinya, Fazeera kini berbadan dua.

Tinjauan di ruangan komen di Instagram Fizo mendapati netizen mengambil peluang bertanya tentang kehamilan Fazeera Nazri Azrai, 26, kerana ‘baby bump’ amat terserlah pada perut isterinya.

“Macam terlihat isteri mengandung.

“Maryam dah nak ada adik ke?

“Nampak macam baby bump,” antara komen dan pertanyaan peminat.

Tambah menguatkan lagi spekulasi, perkongsian video di Instagram Story kakak Fizo, Wan Diana Wan Omar juga seakan-akan memberi bayangan perkara tersebut.

“Maryam dah nak ada adik ke? Aunty Fazeera okey?,” soal Wan Diana.

“Baby Faz okey…” jawab Fazeera.

Setakat ini, Fizo belum memberi sebarang kenyataan bagi mengesahkan isterinya mengandung apabila pelakon berkenaan tidak memberi sebarang jawapan

Fizo, 36, menamatkan zaman dudanya apabila bernikah dengan Fazeera pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here