Polis siasat dakwaan dadah dimasukkan dalam minuman Terence

0
2

POLIS akan menyiasat dakwaan Ahli Dewan Undangan (Adun) Pasir Bedamar, Terence Naidu bahawa ada pihak memasukkan dadah dalam minumannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata perkara itu akan disiasat sebelum kertas siasatan melibatkan wakil rakyat DAP itu diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Sampel ujian air kencing telah dihantar ke pihak patologi untuk mendapatkan laporan lengkap.

“Kita sedia maklum individu yang terlibat telah membuat laporan polis ada pihak memasukkan dadah dalam minumannya dan kita akan siasat sehabis-habisnya berhubung dakwaan tersebut.

“Sebaik kertas siasatan lengkap baru kita akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh, lapor Malaysia Gazette hari ini.

Semalam, Terence mengaku beliau adalah wakil rakyat yang ditangkap polis di sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang dan saringan air kencingnya positif dadah.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan petang semalam, wakil rakyat Pasir Bedamar itu terkejut dimaklumkan air kencingnya positif dadah dan mendakwa minumannya telah dicampur dengan dadah tanpa pengetahuannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here