Agong, Permaisuri ziarah keluarga pengiringnya

0
2

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat menziarahi keluarga pengiring bermotosikal, Allahyarham Sarjan Suhaimi Zakaria, hari ini.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook, memaklumkan Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarganya sabar menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

“Seri Paduka berdua juga amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sepanjang bertugas di Istana Negara,” kata hantaran itu.

Allahyarham Suhaimi terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika bertugas di Kuala Lumpur.

Allahyarham yang berasal dari Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan mula bertugas di Istana Negara pada 2019. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here