
MALAYSIA melaporkan 12 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Daripada jumlah itu, dua korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 31,762.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu (masing-masing dua) serta Johor dan Kedah (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 40,558 kes aktif dilaporkan, termasuk 204 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 95 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 3,052 kes sembuh turut dilaporkan. – Malaysiapost
