KKM buka 4 PPV integrasi mulai esok

0
2
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka empat Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang, mulai esok.

Menerusi hantaran di Facebook, KKM berkata, empat lokasi PPV Integrasi itu adalah di PPV World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

Empat PPV Integrasi berkenaan akan mula dibuka jam 9 pagi kepada orang ramai untuk pemberian vaksinasi dos penggalak.

“Sila patuhi SOP yang ditetapkan ketika berada di PPV dan jika terima janji temu, sila hadir untuk mendapatkan suntikan dos penggalak,” menurut kenyataan itu

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan pihaknya turut menyasar 80 peratus warga emas menerima dos penggalak dalam tempoh sebulan, manakala negeri yang masih terkebelakang dalam aspek itu akan diberi tumpuan.

Katanya, pembukaan PPV Integrasi itu juga untuk mempergiatkan pemberian vaksinasi dos penggalak kepada warga emas yang pada masa kini berada pada paras lebih daripada 50 peratus.

“Jika ada keperluan serupa di bandar-bandar besar lain, ia akan perluaskan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here