HARGA runcit petrol RON97 naik empat sen seliter kepada RM3.07 manakala petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan memaklumkan menerusi kenyataan hari ini, penetapan harga itu adalah bagi tempoh 13 hingga 19 Januari 2022.
Menurutnya, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
Ia di sebalik harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu. – Malaysiapost

