MALAYSIA melaporkan 3,198 kes baharu Covid-19 hari ini, iaitu kekal melepasi angka 3,000 buat hari kedua berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini 2,795,233.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. – Malaysiapost

