Taman Tema Genting Skyworld bakal dibuka bulan depan

0
2

TAMAN Tema Genting Skyworlds dijangka dibuka awal bulan depan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Menurut Berita Harian yang memetik sumber, mendedahkan bahawa Tahun Baru Cina ini bakal menjadi tahun cemerlang untuk Resorts World Genting.

“Sebelum ini, kami menjangkakan Genting Skyworlds akan dibuka pada 10 Disember 2021, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

“Sumber memberitahu kami bahawa Genting Malaysia sedang ‘memperhalusi’ beberapa isu berkaitan perisian dan berharap untuk membuka Genting Skyworlds pada Tahun Baru Cina yang jatuh pada 1 Februari 2022,” katanya.

Sebelum itu, Genting SkyWorlds dibina pada ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, sekali gus menjadikan taman tema itu antara paling unik bukan sahaja di rantau ini tetapi di peringkat global.

Terdapat pelbagai permainan yang menampilkan sembilan ‘alam’ yang diinspirasikan dari filem dan pengembaraan – Eagle Mountain, Central Park, Liberty Lane, Robots Rivet Town, Andromeda Base, Ice Age, Studio Plaza, Epic dan Rio.

Setiap ‘alam’ mempunyai tarikan tersendiri dan dirancang serta dicipta untuk menyemarakkan daya imaginasi melalui pengalaman imersif, seperti dibawakan terus-menerus dari babak-babak filem, dan ia sesuai untuk seisi keluarga. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here