Orang ramai diseru sertai kaji selidik awam pengeluaran KWSP

0
2

PEMUDA Umno melancarkan satu kaji selidik awam mengenai pengeluaran wang kali terakhir Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dalam keadaan mendesak ini, Sekretariat Penyelidikan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang diketuai Azril Sarit mengambil inisiatif melakukan kaji selidik itu untuk memahami kehendak rakyat dalam pengeluaran KWSP.

“Kajian ini bersifat telus dan tidak memihak kepada sesiapa. Dapatan ini akan membantu mengenalpasti adakah ada keperluan untuk meluluskan pengeluaran ini. Di bawah ini disertakan “link” kajian tersebut.

https://www.surveymonkey.com/r/icitra-KWSP

“Mohon partisipasi semua untuk menjawab soalan-soalan kaji selidik di atas. Hanya mengambil masa tak sampai satu minit. Terima kasih atas kerjasama anda meluangkan masa untuk mengenal pasti keperluan ini,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, malam ini.

Pada 25 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan tidak berhasrat membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan kerajaan sudah memperuntukkan dana dan mengumumkan bantuan yang mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara, selain sedia menambah peruntukan berkenaan.

Selain itu, katanya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here