Jual sijil vaksin: Tempoh reman doktor disambung dua hari

0
2

TEMPOH reman seorang doktor klinik swasta yang disyaki menjual sijil vaksinasi Covid-19 palsu dilanjut dua hari lagi, bermula esok.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda berdasarkan Seksyen 420 Kanun Keseksaan, lapor Utusan Malaysia, hari ini.

Terdahulu, suspek yang berusia 51 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret Marang kira-kira jam 9.40 pagi.

Sebelum ini, doktor lelaki itu ditahan di Kampung Mengabang Tengah di Kuala Terengganu kira-kira jam 7.34 malam, Sabtu lalu.

Semalam, Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, suspek dipercayai menawarkan perkhidmatan itu sejak September lalu selepas premisnya di Marang diberikan kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar.

Menurut Rohaimi, sepanjang tempoh tersebut, lebih 1,900 sijil vaksinasi Covid-19 dikeluarkan kepada pelanggan termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang, Kedah dan Johor dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600 seorang. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here