Malaysia hampiri 100% penduduk dewasa lengkap vaksin

0
2
Penerima-penerima hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol hari ini.

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 97.8 peratus membabitkan 22,886,013 juta individu yang lengkap vaksinasi.

Mengikut perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, sebanyak 99 peratus atau 23,170,208 juta individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Seramai 25,653,398 juta individu atau 78.6 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Manakala, 79.7 peratus atau 26,027,402 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,767,385 juta individu atau 87.9 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,857,194 juta individu atau 90.8 peratus mendapat satu dos.

Terdapat pertambahan 223,463 dos diberikan semalam, dengan 2,114 dos pertama, 3,237 dos kedua dan 218,076 dos penggalak.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 59,511,395 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here