
MALAYSIA hari ini melaporkan kes baharu jangkitan Covid-19 di bawah paras 3,000 iaitu 2,641 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini 2,788,860 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost
