Semua mangsa banjir di Bera sudah terima BWI – PM

0
2

SEMUA mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di Parlimen Bera, Pahang selesai menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ciapan di laman Twitter rasminya.

“Keseluruhan mangsa banjir di Parlimen Bera selesai menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) pada hari ini.

“Tidak ada yang disisihkan. Melayu, Cina, India dan Orang Asli di Bera menerima bantuan ini,” tulisnya di hantaran itu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bera itu mengumumkan mangsa banjir di seluruh negara akan menerima dua sumbangan berbentuk baucar bernilai RM1,500 dan wang tunai RM2,500 mulai esok.

Katanya, sumbangan itu adalah tambahan daripada BWI yang diagihkan sebelum ini.

Jelasnya, sementara baucar yang ditawarkan pula ialah baucar membaiki kenderaan bernilai RM1,000 dan RM500 lagi bagi pembelian barangan elektrik yang akan diagihkan secara berperingkat di setiap negeri yang terlibat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here