Langkah kanan Pirlo

0
2

Foto Kredit: getty images

LEGENDA Itali, Andrea Pirlo memulakan karier sebagai jurulatih di Serie A dengan langkah kanan apabila skuad bimbingannya, Juventus menang ke atas Sampdoria 3-0.

Pemain Sweden, Dejan Kulusevski membuka jaringan untuk juara bertahan sembilan kali Serie A itu selepas 13 minit, disusuli jaringan Leonardo Bonucci dan Cristiano Ronaldo.

Memetik laporan AFP, perlawanan di Turin itu disaksikan 1,000 penonton selepas stadium bagi aksi Serie A dibuka semula sejak pandemik Covid-19.

Ia permulaan diharapkan Pirlo yang menggantikan Maurizio Sarri pada musim panas.

Kemenangan ke atas Sampdoria kendalian Claudio Ranieri, hadir beberapa hari selepas bekas bintang Itali dan Juventus itu menerima diploma kejurulatihannya.

Juventus turut menurunkan pemain baharunya Weston McKennie dan Kulusevski, yang dibeli dari Atalanta pada Januari dan terus dipinjamkan ke Parma. – Malaysiapost