Polis cari Aiman

0
2

POLIS kini mengesan seorang lelaki yang juga saksi penting dalam satu perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata Aiman Haziq Mohd Razainy, 25, dikehendaki bagi perbicaraan kes Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya memohon kerjasama orang ramai yang mengenalinya agar memaklumkan bahawa dia adalah saksi penting perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam (Jenayah 3).

“Saksi diminta untuk hadir pada 10, 11 dan 14 Januari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebarang maklumat orang ramai boleh me ghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Syahir Ajamain di talian 011-6262 5970. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here