Keputusan tangguh umrah wajar – Hadi

0
2

PAS menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan sementara perjalanan mengerjakan umrah susulan penularan wabak Covid-19 varian Omicron, sebagai itu wajar selepas mendapat pandangan pakar perubatan dan kerajaan Arab Saudi.

Sambil menyokong keputusan kerajaan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ia bagi mengelak penularan wabak yang pernah berlaku dalam sejarah Islam, lapor Berita Harian.

“Solat Jumaat pernah ditangguhkan di Masjid Nabawi dan di Makkah disebabkan berlakunya penularan wabak.

“Walaupun penangguhan itu menimbulkan keresahan ramai pihak, menjadi hak kerajaan memutuskannya demi keselamatan rakyat,” katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Rusila, Marang hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini mengumumkan Kabinet bersetuju menangguhkan perjalanan umrah selama sebulan bermula esok bagi membolehkan kadar risiko penilaian jangkitan Omicron dilakukan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here