Kertas siasatan Long Tiger sudah lengkap

0
2

LELAKI etnik Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu, kini direman selain menjalani kuarantin 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin berkata, Long Tiger direman dan dikuarantin bermula semalam sehingga 18 Januari ini.

Menurutnya, pihaknya sudah menyiapkan kertas siasatan membabitkan lelaki itu dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

“Long Tiger masih direman di penjara atas kes lamanya iaitu Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, selain menjalani kuarantin 14 hari bermula semalam hingga 18 Januari ini.

“Polis Johor menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara dan bersedia membuat pendakwaan sebaik suspek selesai menjalani reman dan kuarantin,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Menurutnya, lapan individu yang dipercayai bersubahat dengan suspek yang berusia 30 hingga 40-an sudah dibebaskan dengan jaminan polis pada 1 Januari lalu dan akan didakwa bersama suspek nanti.

“Lapan yang bersubahat itu akan didakwa kerana bersubahat membantu menyembunyikan Long Tiger termasuk memotong gari, membeli kad sim, telefon serta pakaian,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here