Ahli MT Umno positif Covid-19 selepas kempen di Sipitang

0
2

SEORANG Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dilaporkan positif Covid-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang di Sabah.

Beliau kini menjalani kuarantin wajib bagi mendapatkan rawatan susulan.

Memetik laporan sebuah portal tempatan,  sumber memberitahu pemimpin berkenaan telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Setakat ini, keadaan masin terkawal dan beliau telah dimasukkan ke hospital sebentar tadi bagi dikurantin untuk rawatan,” kata sumber itu ringkas.

Sumber turut menjelaskan semua kontak rapat pemimpin Umno itu telah diminta melakukan ujian swab bagi mengelak penularan.

Bagaimanapun, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menafikannya, sebaliknya berkata pemimpin itu masih belum disahkan positif Covid-19.

“Saya mendapat maklumat tetapi belum ada pengesahan. Dia cuma disyaki dan belum disahkan positif.

“Belum positif dan sudah dikuarantinkan selama 14 hari,” katanya. – Malaysiapost