Banjir: Hampir 30,000 isi rumah terima bantuan wang ihsan

0
2

MENTERI Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklum hampir 30,000 isi rumah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini, sudah menerima Bantuan Wang Ihsan.

Beliau berkata, bantuan berkenaan adalah sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membantu Keluarga Malaysia yang terkesan.

“Moga #KeluargaMalaysia yang terjejas banjir terus cekal menghadapi musibah ini dan mereka yang turun padang membantu terus diberikan rahmat dan perlindungan oleh Allah SWT atas jasa murni yang telah anda curahkan,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, beliau berkesempatan menyertai misi banjir di Bentong dan juga Mentakab, Pahang.⠀

“Alhamdulillah, banjir telah pun surut dan kerja-kerja pembersihan telah pun dimulakan dengan bantuan berterusan oleh sukarelawan, serta agensi Kerajaan dan Kerajaan Negeri.

“Saya juga dimaklumkan bahawa Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga telah menghantar sukarelawan untuk membantu mangsa banjir dalam aktiviti gotong-royong dan pembersihan. Tahniah dan terima kasih JKDM atas usaha murni ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, ketua isi rumah di kawasan banjir layak menerima bantuan wang tunai RM1,000, manakala keluarga mangsa yang terkorban akibat banjir akan menerima bantuan sebanyak RM10,000. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here