Kerajaan digesa selesai isu kuarantin hotel jemaah Umrah – Anwar

0
3

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan segera menyelesaikan isu kuarantin wajib di hotel membabitkan jemaah yang pulang dari mengerjakan Umrah.

Ahli Parlimen Port Dickson itu, berkata jemaah berkenaan dilaporkan diminta untuk menjalani kuarantin di hotel yang ditetapkan pihak berkuasa sekali gus terpaksa menanggung kos yang membebankan mereka.

“Saya maklum akan isu yang tular baru-baru ini berkaitan jemaah yang pulang dari mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

“Mereka dilaporkan diminta untuk menjalani proses kuarantin di hotel-hotel yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kuarantin di rumah tidak dibenarkan sama sekali,” katanya.

Sehubungan itu, Anwar meminta kerajaan dan kementerian berkaitan segera menyelesaikan isu berkenaan daripada terus berlarutan.

“Ini tentunya melibatkan kos kuarantin yang tinggi dan membebankan kepada mereka.

“Kerajaan atau kementerian bertanggungjawab mesti cepat dan tuntas dalam menangani isu ini dari terus melarat,” katanya.

Terdahulu, tular video di aplikasi TikTok melaporkan jemaah yang baru pulang dari mengerjakan ibadah umrah semalam, diwajibkan menjalani kuarantin di hotel selama lapan hari.

Difahamkan, menerusi video itu, setiap jemaah perlu menanggung kos tambahan antara RM250 hingga RM335 sehari untuk proses kuarantin berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here