Kemaman dilanda fenomena air pasang besar

0
2

DAERAH Kemaman, Terengganu dilanda fenomena air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan berhampiran pesisir pantai dan muara sungai mula dinaiki air, malam tadi.

Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, susulan kejadian itu dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Kuala Kemaman dan di Jabor, Chukai dibuka.

“PPS pertama dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga, Chukai, kira-kira jam 9 malam tadi dan 10 mangsa daripada dua keluarga yang tinggal berhampiran dipindahkan ke PPS berkenaan.

“Satu lagi PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor membabitkan lapan mangsa daripada dua keluarga, Mereka dipindahkan ke PPS itu jam 10 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here