Bacaan air Sungai Langat lepasi paras bahaya

0
2

PARAS Sungai Langat di Bukit Changgang dalam daerah Kuala Langat dilaporkan kembali melepasi paras bahaya (merah) apabila mencatatkan bacaan setinggi 4.29 meter (m).

Berdasarkan kemas kini laman InfoBanjir, bacaan air Sungai Langat melepasi paras normal pada 4.20 m sehingga jam 8 pagi ini.

Sementara itu, Sungai Langat di Dengkil dalam daerah Sepang pula melepasi paras amaran (jingga) iaitu 7.07 m berbanding bacaan normal 6.90 m.

Sementara itu, tiga lagi sungai berada melepasi paras berjaga-jaga (kuning) iaitu Sungai Klang di Bandar Klang yang mencatatkan bacaan 2.47 m.

Manakala Sungai Langat di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sungai Manggis (2.22 m), serta Pintu Air Kampung Teluk Pulai (1.33 m) dalam daerah Kuala Langat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here