PEMUDA Barisan Nasional (BN) menyediakan talian Hotline untuk mangsa banjir membuat aduan jika wujud sebarang kesulitan berhubung bantuan tunai yang diperuntukkan kerajaan.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ia bagi memastikan bantuan benar-benar sampai dan tiada isu birokrasi dalam aspek penyampaian dan pelaksanaan.
Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada kerajaan atas bantuan tambahan kepada mangsa banjir termasuk peruntukan dalam bentuk baucar tunai untuk membeli kelengkapan rumah, baiki kereta, peruntukan membaiki dan menggantikan rumah yang dikatakan mencecah 30,000 keluarga.
“Mangsa-mangsa banjir juga boleh hubungi Ketua-Ketua Pemuda Umno dan BN di 191 bahagian melibatkan 13,205 cawangan-cawangan seluruh Malaysia yang berada di kawasan tuan-tuan dan puan-puan.
“InsyaAllah segala isu yang berbangkit Pemuda BN akan pantau dan pastikan sampai ke pengetahuan pihak kerajaan untuk diambil tindakan segera,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Asyraf Wajdi berkata Pemuda BN menyediakan talian hotline yang beroperasi untuk orang ramai memberi maklum balas serta dihubungi menerusi WhatsApp atau SMS di:
Pemuda UMNO
📞017-9988771
Pemuda MCA
📞011-5876 6951
Pemuda MIC
📞 011-2108 5034
“Semua maklum balas akan diberi perhatian serius oleh Pemuda BN untuk memastikan kesusahan dan penderitaan lebih 30,000 keluarga mangsa banjir mendapat bantuan dan pembelaan sewajarnya.
“Ia sebagimana yang dihasratkan melalui segala bantuan yang diumumkan Perdana Menteri,” katanya. – Malaysiapost

