Bacaan enam sungai di Pahang lepasi paras bahaya

0
2

ENAM sungai di Pahang merekodkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 8 pagi tadi, berbanding empat sungai, semalam.

Berdasarkan kemas kini laman Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), enam sungai yang dinyatakan itu tiga daripadanya di daerah Lipis manakala masing-masing satu di Jerantut, Bera dan Maran.

Sungai tersebut Sungai Tanum di Jambatan Chegar Perah, Lipis yang merekodkan bacaan 99.67 meter (m) berbanding paras bahaya 97.25m.

Sungai Jelai di Jeti Lipis, Lipis pula merekodkan 66.11m berbanding 62m manakala Sungai Lipis di Benta, Lipis 75.38m berbanding 73.50m.

Ia diikuti Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut dengan catatan 45.67m berbanding paras bahaya 41 m dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera, dengan catatan 32.06m berbanding paras bahaya 29.70m.

Sementara, sembilan sungai mencatatkan bacaan melebihi paras amaran manakala paras waspada pula membabitkan tujuh sungai. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here