Kes harian Covid-19 kekal pada angka lebih 3,000 kes

0
3

KES baharu harian Covid-19 hari ini adalah sebanyak 3,386 kes menunjukkan sedikit penrunan berbanding 3,573 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak  2,761,472 kes sejak wabak berkenaan melanda negara.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Jumlah kes harian itu menunjukkan jangkitan kekal pada angka lebih 3,000 selama empat hari berturut-turut selepas berada dibawah angka berkenaan sejak 26 Disember (2,778 kes), 27 Disember (2,757 kes) dan 2,897 kes pada 28 Disember lalu – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here