Heliza Helmi akhiri zaman bujang

0
3

PENYANYI Heliza Helmi menamatkan zaman bujangnya dengan memilih menjadi suri hati kepada penasihat pelaburan kewangan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, hari ini. 

Berdasarkan hantaran Instagram Pendakwah bebas, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff,  Heliza, 35, selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 10 pagi tadi.

“Tahniah kedua adinda saya kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah. Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian.

“Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan. Esok kita jumpa ya,” katanya.

Manakala, menerusi hantaran video di Instagram Story jurufoto Aqo Imran, Heliza mengakui berdebar sebelum akad nikah dijalankan.

“Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik,” katanya ringkas. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here