
SAYA sendiri akan ketuai inisiatif pembasmian kemiskinan oleh kerajaan melalui penubuhan Unit Kemiskinan yang diwujudkan di peringkat pusat, negeri dan daerah, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata, inisiatif itu bagi menangani isu kemiskinan dan jurang pendapatan yang meliputi kemiskinan di bandar mahupun luar bandar.
“Perkara asas, iaitu kemiskinan masih menjadi keutamaan saya dan seperti yang saya janjikan, nilai teras Keluarga Malaysia adalah Keterangkuman,
Kebersamaan dan Kesyukuran dan tiada seorang pun yang harus tertinggal,” katanya pada perutusan tahun baru malam ini.
Beliau berkata, atas semangat keterangkuman yang sama, kerajaan akan terus memberikan fokus kepada kemajuan dan pembangunan luar bandar di serata Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Malaysiapost
