ANIH minta pengguna lebuh raya ke pantai timur rancang perjalanan

0
3

ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala
Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menasihati pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan memandangkan hujan lebat dijangka melanda kawasan pantai timur minggu ini.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd. Radzi berkata pihaknya sedang memantau paras air di sekitar kawasan laluan utama dan sungguhpun ia masih selamat pada masa ini, pemantauan akan dilakukan secara berterusan.

“Kami ingin mengingatkan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan mereka
terutama pada musim hujan ini.

“Pihak kami akan mengemas kini maklumat terkini melalui rangkaian media sosial kami”, katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada masa sama menurutnya, paras air di semua kawasan di sepanjang KLK dan LPT1 berada dalam keadaan selamat dan syarikat sedang giat mengambil langkah untuk memastikan keadaan kekal terurus.

“ANIH ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kami sentiasa dalam keadaan bersedia dan komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya kami kekal sebagai keutamaan,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini boleh layari laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here