JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) meminta bantuan orang ramai bagi mengesan tiga wanita warga asing yang dikehendaki bagi perbicaraan di mahkamah atas kesalahan Imigresen.
Ketiga-tiga wanita terbabit adalah warganegara Indonesia berusia 25 dan 26 tahun.
“JIM memohon orang ramai membantu memberikan maklumat beberapa individu bagi tujuan perbicaraan di mahkamah berhubung kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 1963.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Wan Mazlyna Che Mat, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya di talian 03-88801338 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” menurut JIM dalam satu kenyataan hari ini.
Maklumat individu yang dikehendaki berkenaan adalah Ginati Puteri, 26, Supriyanti, 25, dan Mia Sri Anjani, 26. – Malaysiapost

