Kereta api gilis remaja tidur atas landasan di Gua Musang

0
2

SEORANG remaja lelaki maut apabila separuh badannya hancur digilis dan diseret kereta api dalam kejadian mengerikan di Kampung Tiong, Gua Musang, Kelantan, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Mohamad Azwan Syhmin Md. Yusoff, 18, yang dipercayai tidur bersama seorang lagi rakannya di landasan berkenaan telah diseret kira-kira 30 meter oleh kereta api yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Tumpat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata pemandu kereta api dipercayai telah membunyikan hon selepas menyedari kehadiran remaja itu namun mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, separuh badan mangsa telah hancur selepas digilis kereta api akibat diseret sejauh 30 meter dari lokasi dia tidur di atas jambatan itu.

“Pemandu kereta api telah memaklumkan kejadian tersebut kepada pengurus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here