Selangor batal sambutan ambang tahun baru, ganti doa selamat dan zikir

0
2

KERAJAAN Selangor membatalkan sambutan ambang tahun baharu 2022 bagi menghormati dan mengingati tragedi banjir yang meragut 25 nyawa di negeri ini pada 18 Disember lalu.

Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari berkata program itu akan digantikan dengan majlis tahlil, bacaan doa selamat dan zikir munajat di seluruh masjid di Selangor.

“Kita turut mengalakkan surau dan musola menganjurkan majlis yang sama.

“Program ini akan dikendalikan Jabatan Agama Islam Selangor,” katanya pada sidang akhbar di Shah Alam, Selangor hari ini.

Amirudin berkata, pihaknya turut menasihatkan syarikat dan orang persendirian turut membatalkan sambutan itu sebagai menghormati dan bersimpati dengan kejadian banjir.

“Sepanjang tragedi banjir di Selangor telah mengakibatkan 25 kematian dengan melibatkan 44,000 mangsa banjir secara keseluruhannya,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here