PARAS air Sungai Langat di pekan Kajang telah melepasi paras bahaya dan menunjukkan trend menaik setakat jam 6.30 petang hari ini.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), turut memberi amaran air Sungai Langat di Taman West Country telah melepasi paras bahaya dan menunjukkan trend menaik.
“Justeru penduduk di sekitar kawasan berkenaan dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa,” kata JPS menerusi kenyataan. – Malaysiapost

