Flat uzur diganti kondo

0
3

SEBANYAK 380 unit flat kos rendah di Taman Desa Aman, Cheras akan dibangunkan semula kepada 2,142 unit rumah gantian iaitu jenis kondominium yang lebih selesa dan luas.

Projek pembangunan itu akan dilaksanakan oleh syarikat Desa Aman Avenue Sdn Bhd dan Desa Aman Hill Residence Sdn Bhd.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata ia melibatkan pembangunan semula bangunan flat lama yang uzur dan sudah tidak lagi selamat dan sesuai diduduki dalam keadaan sekarang.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias

“Flat sedia ada di sini hanya berkeluasan 500 kaki persegi dan mempunyai dua bilik sahaja. Kondominium baharu yang akan dibina pula berkeluasan minimum 900 kaki persegi dan mempunyai dua bilik,” katanya ketika merasmikan pembangunan semula projek itu.

Flat sedia ada di sini hanya berkeluasan 500 kaki persegi dan mempunyai dua bilik sahaja

Jalaluddin berkata bagi penduduk sedia ada, mereka tidak perlu berpindah keluar semasa rumah gantian dibina kerana pembangunan itu adalah secara “Key-To-Key Home Swap Development Concept”.

Bangunan flat lama yang uzur dan sudah tidak lagi selamat dan sesuai diduduki dalam keadaan sekarang.

“Rumah baru dah siap, mereka dah terima kunci baru mereka keluar dari rumah lama. Insya-Allah, rumah baru yang bakal dibina ini pastinya akan memberi keselesaan yang lebih kepada penduduk.

“Saya berharap lebih ramai lagi pemain industri agar dapat melakukan program seperti ini, bagi memastikan lebih ramai Keluarga Wilayah dapat menduduki rumah yang lebih selesa dan selamat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here