Red Giant menderita di Stadium Sultan Ibrahim

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) semakin hampir menjuarai Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut selepas membelasah Selangor 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Hasil kemenangan itu, skuad bimbingan Benjamin Mora hanya perlu meraih satu sahaja kemenagan untuk menjulang kejuaraan liga.

Perlawanan nampak seimbang dalam tempoh 30 minit pertama, di mana kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Gol pertama JDT hadir pada penghujung babak pertama menerusi sepakan percuma Safawi Rasid dari jarak 30 meter.

Sebaik babak kedua bermula, JDT dihadiahkan sepakan penalti dan dengan mudah Safawi mencetak gol kedua menewaskan Farizal Harun yang hanya melihat bola menerjah jarring.

Derita Gergasi Merah berterusan apabila Diogo mencetak nama sebagai penjaring ketiga pada minit ke-63 dan jaringan Cabrera pada minit ke-72.

Kemasukkan pemain muda, Ramadan Saifullah Usman terus menambah aib kepada skuad B Sathiananthan apabila dia menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit menerusi jaringan minit ke-72 dan 74. Selangor berjaya meraih gol saguhati menerusi Rufino pada minit ke-81.

Sementara itu dalam satu lagi aksi Liga Super, UiTM FC mengejutkan Terengganu FC (TFC) 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam.

Gol UiTM FC dijaringkan Arif Anwar pada minit ke-4 dan jaringan kemenangan menerusi ketua pasukan, Victor Nirennold pada minit ke-61. Gol tunggal TFC dijaringkan Lee Tuck menerusi sepakan penalty pada minit ke-38.

Kemenangan itu meletakkan UiTM di tangga ketiga dengan mengutip 13 mata berkongsi mata dengan Kedah yang berada di tempat kedua.-Malaysiapost