Zahid harap mangsa banjir sambut Krismas bersabar hadapi musibah

0
2

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap penganut agama kristian yang terjejas akibat musibah banjir pada sambutan Krismas hari ini, diberi kesabaran.

Ahmad Zahid berkata, beliau berharap mangsa banjir yang terjejas teruk akibat banjir tidak terus bersedih kerana menyifatkan kehidupan sememangnya penuh dengan cabaran.

“Kepada mereka yang menyambut Hari Natal selepas ditimpa musibah banjir bersabarlah.

“Jangan terus bersedih dan raikan kegembiraan kerana kehidupan sememangnya penuh dengan cabaran.

“Mereka yang tabah, cekal hati serta tidak mudah mengalah pasti kejayaan sedang menanti di hadapan,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada seluruh penganut agama Kristian di Malaysia.

“Semoga perayaan itu diraikan dengan penuh kegembiraan bersama ahli keluarga tercinta.

“Sambutan Hari Natal satu lagi bukti tentang perpaduan yang sekian lama terjalin dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kemajmukan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama hidup saling hormat menghormati,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here