KPM segera baik pulih sekolah terjejas banjir – Radzi

0
2

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) komited memastikan kesemua sekolah yang terlibat dengan kejadian banjir besar diberi perhatian segera.

Menterinya, Datuk Radzi Jidin, berkata langkah tersebut bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan selesa kepada anak-anak generasi pewaris negara.

“Petang semalam, saya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sri Muda, Shah Alam bagi meninjau keadaan infrastruktur sekolah selepas ditenggelami air akibat banjir besar minggu lalu.

“Turut serta TKSU (Timbalan Ketua Setiausaha) Perancangan dan Pembangunan KPM.

“Selain SMK Taman Sri Muda, terdapat lapan sekolah lagi dalam kawasan sekitar turut terjejas,” katanya dalam hantaran Facebook.

Radzi berkata, di SMK Taman Sri Muda, selain bilik darjah, bilik khas lain yang rosak teruk adalah bengkel, makmal sains dan juga makmal komputer.

Katanya, selain itu seramai 34 guru sekolah itu juga turut terkesan akibat banjir.

”Saya minta supaya kerja-kerja membaik pulih dilakukan segera,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here