Hakim tolak permohonan pendakwa cabar kredibiliti Rosmah

0
2

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur mengenepikan permohonan pihak pendakwaan untuk mencabar kredibiliti Datin Seri Rosmah Mansor berhubung dakwaan memberi keterangan bercanggah dalam perbicaraan rasuah berkaitan projek tenaga solar hibrid.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan, hari ini memutuskan bahawa pendakwaan itu tidak diperlukan memandangkan isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu telah memberikan penjelasan berhubung dakwaan keterangan bercanggah berkenaan.

Sebelum ini, pihak pendakwaan memohon untuk mendakwa Rosmah berhubung dakwaan memberi keterangan bercanggah antara apa yang diberitahunya di mahkamah dan apa yang diberitahu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ketika disoal siasat suruhanjaya itu berkaitan kes pengubahan wang haram membabitkan dirinya pada 2018.

Ketika keterangannya direkodkan SPRM tiga tahun lalu, Rosmah berkata, dia tidak mengenali dan tidak pernah bertemu dengan Saidi Abang Samsudin dan Rayyan Radzwill, lapor MalaysiaKini.

Saidi dan Rayyan sebelum ini telah memberi keterangan ketika perbicaraan kes berkenaan.

Pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan Rosmah di mahkamah adalah berbeza apabila dia memberitahu tidak mengenali dua saksi utama pendakwaan sebelum pertemuan pertamanya dengan mereka pada 2016.

Rosmah bagaimanapun mendakwa dia tidak ingat akan kedua-dua individu itu ketika pertama kali memberi keterangan kepada SPRM pada 2018.

Semasa prosiding di mahkamah terbuka hari ini, Zaini memutuskan Rosmah telah pun memberi penjelasan berhubung dakwaan percanggahan itu, dan mahkamah hanya akan menentukan pada peringkat akhir kes pembelaan sama ada penjelasan itu boleh dipercayai atau tidak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here