Banjir: Sri Muda semakin surut pintu kunci air dibuka

0
2

PERKEMBANGAN terkini paras air di Seksyen 25, Taman Sri Muda semakin menunjukkan penyusutan selepas pintu kunci air dibuka kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib, berkata beberapa unit pam air turut digunakan untuk mempercepatkan proses menyedut air ke sungai berhampiran.

Katanya, air surut di bawah paras lutut, namun penduduk dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan perumahan termasuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sehingga jawatankuasa bencana memberi kebenaran.

Ia bagi memastikan keselamatan penduduk dijamin sepenuhnya dan mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya juga menasihati orang ramai untuk mengutamakan keselamatan diri ketika banjir ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Taman Sri Muda adalah kawasan yang terjejas teruk berikutan banjir luar biasa yang berlaku sejak Jumaat minggu lalu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here