361 mangsa banjir positif Covid-19, tiada jangkitan di pusat pemindahan

0
2

SEBANYAK 361 kes positif Covid-19 direkodkan membabitkan mangsa banjir di seluruh negara setakat hari ini kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata bagaimanapun tiada jangkitan virus itu dikesan di 415 pusat pemindahan sementara yang menempatkan 65,114 mangsa banjir di seluruh negara.

“Selain itu, 963 (27.2 peratus) daripada 3,438 mangsa banjir diperiksa dan diberi rawatan pesakit luar oleh pasukan perubatan di PPS.

“Rawatan diberikan membabitkan 203 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) penyakit kulit (50), gejala acute gastroenteritis (AGE) (13), penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) satu kes dan lain-lain penyakit 43 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya supaya penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya Covid-19 dapat dibendung.

“Untuk maklumat lebih lanjut dan kemaskini mengenai info bencana banjir, sila layari laman web https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here