Kes positif Covid-19 meningkat sedikit hari ini

0
2

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di Malaysia hari ini merekodkan 3,519 kes baharu. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan keseluruhan 2,728,203 kes setakat ini.

Kes baharu itu menunjukkan peningkatan berbanding 3,140 kes harian pada Selasa.

Menurut Dr Noor Hisham, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here