PPMM bantah sistem RFID sepenuhnya

0
2

PERSATUAN Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Kerja Raya (KKR), menghentikan penggunaan Touch ‘n Go, SmartTAG pada akhir 2023.

Presidennya Che Hassan Che Johan, berkata KKR perlu meneliti lebih lanjut dan mempertimbangkan perkara tersebut sedalamnya supaya ia tidak mendatangkan beban rakyat di kemudian hari.

“PPMM sama sekali tidak setuju pandangan dan cadangan Timbalan Menteri KKR, Datuk Arthur Joseph Kurup yang menyatakan berkata penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG mungkin akan diberhentikan pada penghujung 2023.

“Sebelum perlaksanaan itu dimutamadkan, kementerian Kerja Raya wajib mempertimbangkan beberapa perkara yang perlu diambil bagi kemudahan dan kesusahan rakyat selepas ia dilaksanakan dengan sepenuhnya nanti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut meminta penjelasan KKR berhubung ‘topup’ SmartTag, adakah ia akan dimasukkan ke sistem RFID atau sebaliknya dan kekangan ‘internet’ kepada golongan warga emas apabila menggunakan RFID.

“Pertama, adakah mesin smartTag yang pengguna beli dengan harga hampir RM100/ sebelum ini akan dibayar ganti oleh pihak berkenaan dengan separuh harga atau pulangkan wang harga sepenuhnya?

“Kedua, bagaimana Pengguna SmartTag warga emas dan mereka tidak ada akses internet, bagaimana mereka dapat relord RFID, mereka tinggal di luar bandar yang tiada akses internet, memang kemudahan RFID lebih baik dari SmatTag, yang untung PLUS bukan pengguna,” katanya.

Justeru, PPMM menggesa kerajaan untuk mengekalkan satu atau dua lorong pengguna SmatTag di setiap plaza tol di negara ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here