SEBANYAK 500 unit power bank disumbangkan Yayasan Bank Rakyat kepada mangsa banjir di Selangor yang terjejas teruk akibat bencana banjir sejak Jumaat lalu.
Pengerusinya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata bantuan segera itu diberikan kepada mereka yang terkesan musibah itu.
Beliau berkata, sumbangan itu bagi memudahkan mangsa untuk berhubung dengan keluarga dan pihak berkuasa dalam meminta bantuan.

Katanya, bantuan tersebut dilihat sebagai satu inisiatif kemasyarakatan dalam memberi respon dalam membantu mangsa-mangsa bencana banjir yang memerlukan bantuan segera
“Pihak kami bersimpati dengan mereka yang terkesan terutamanya di Selangor yang dikatakan kali terakhir berlaku banjir besar pada tahun 1971 di negeri itu.
“Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa terutamanya dalam aspek komunikasi semasa bencana,” katanya.
Sumbangan power bank jenama Pineng diterima oleh Timbalan Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras Selangor, Chew Tham Soon, serta Ajutan Briged Tengah Pasukan Gerakan Am Cheras Selangor, Mohd Izhan Ismail. – Malaysiapost

