Kes Covid-19 kembali di bawah angka 4,000 kes sehari

0
2

KES harian baharu Covid-19 kembali menurun apabila merekodkan 3,108 kes hari ini.

Jumlah itu menunjukkan sebanyak 362 kes berbanding 3,900 kes harian yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 2,718,955 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Kes harian Covid-19 di Malaysia sebelum ini mencatatkan angka lebih 4,000 kes selama tiga hari berturut-turut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here