Kerajaan sediakan dana RM100 juta untuk pasca banjir – PM

0
2

KERAJAAN Persekutuan bersetuju untuk menyediakan sejumlah RM100 juta untuk bantuan pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur yang lain akibat banjir.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dana berkenaan adalah untuk peruntukan awal dalam membantu metingankan beban mangsa banjir.

“Saya tahu banyak kerosakan yang berlaku jadi peruntukan awal ini adalah sebanyak RM100 juta

“Selain itu, setiap ketua isi rumah mangsa babjir juga akan diberi sumbangan RM1,000,” katanya dalam sidang media perkembangan situasi banjir negara hari ini.

Menurutnya, kerajaan juga akan mempercepatkan pemberian Bantuan Wang Ihsan RM1,000 di kawasan yang terjejas banjir.

Beliau berkata, pada masa sama syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga bersetuju menyalurkan sumbangan secara geran padanan dengan kerajaan.

“Untuk peringkat awal ini selepas perbincangan dilakukan semalam mereka setuju memperuntukkan dana RM20 juta dan daripada kerajaan juga RM20 juta menjadikan RM40 juta.

“Itu antara bantuan yang kita akan berikan secara segara bagi membantu mengurangkan bebanan mangsa banjir,” katanya.

Ismail Sabri turut mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.

“Esok hari bekerja dan kerajaan faham tentang kesusahan mangsa banjir dan bersetuju memberikan cuti kecemasan akibat bencana ini kepada kakitangan awam yang terkesan akibat banjir.

“Bila mereka boleh masuk bekerja semula perlu dibincang dengan ketua jabatan masing-masing untuk menentukannya dan berharap ia selepas kerja-kerja pasca banjir selesai dilakukan,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada majikan swasta supaya memberikan cuti kecemasan kepada pekerja mereka yang terkesan akibat banjir dengan tidak menolak cuti tahunan dan gaji atau cuti berbayar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here