Hampir 22,000 mangsa banjir di 8 Negeri setakat ini

0
2

JUMLAH mangsa banjir bagi lapan negeri yang terjejas sehingga jam 12.25 tengah hari tadi adalah seramai 21,949 mangsa membabitkan 7,627 keluarga.

Berdasarkan data dikongsikan di aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 296 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sudah dibuka setakat ini.

Lapan negeri yang kini dilanda banjir adalah Pahang, Selangor, Kelantan, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Terengganu dan terbaharu Perak.

Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 10,256 orang membabitkan 2,883 keluarga ditempatkan di 156 PPS, diikuti Selangor seramai 5,628 mangsa membabitkan 2,977 keluarga di 62 PPS.

Di Kelantan pula seramai 4,105 mangsa membabitkan 965 keluar dipindahkan ke 47 PPS, manakala Melaka seramai 564 mangsa daripada 115 keluarga di Sembilan PPS, diikuti Kuala Lumpur dengan 526 mangsa daripada 463 keluar yang ditempatkan di tiga PPS.

Negeri Sembilan merekodkan 492 mangsa daripada 109 keluarga di 12 PPS, manakala Terengganu merekodkan 332 mangsa membabitkan 102 keluarga di enam PPS dan negeri terbaharu dilanda banjir adalah Perak dengan mencatatkan 46 mangsa daripada 13 keluarga di satu PPS. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here