KUALA Lumpur, Selangor “lumpuh” ekoran banjir besar yang melanda semalam selepas hujan lebat tidak berhenti sejak dua hari lalu.
Hujan lebat di Lembah Klang itu menyaksikan ibu negara menerima limpahan air hujan dalam skala besar berbanding kebiasannya.
Taburan hujan yang banyak juga memaksa pihak berkuasa melepaskan air dari Empangan Klang Gate, di Hulu Klang.
Banjir di Kuala Lumpur, Selangor bukan saja menyaksikan jumlah perpindahan yang ramai, tetapi juga turut melumpuhkan sektor ekonomi warga kota buat seketika.
Rapid Bus tutup 68 laluan bas
Pengendali rangkaian perkhidmatan, Rapid Bus Sdn Bhd hari ini menutup 68 laluan bas yang beroperasi di sekitar Lembah Klang ekoran banjir melanda.
Dalam satu kenyataan, Rapid memaklumkan penutupan itu dibuat bermula hari ini sehingga diberitahu kelak susulan cuaca yang tidak menentu kini dan banjir kilat sekitar Lembah Klang.
“Justeru, kesejahteraan penumpang dan kapten bas menjadi keutamaan kami di dalam situasi ini. Kami ingin mengingatkan orang awam untuk kekal selamat dan berwaspada dengan situasi semasa.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan berterima kasih di atas pemahaman anda. Ikuti saluran media sosial Rapid KL untuk perkembangan terkini,” katanya dalam satu kenyataan.
20 laluan utama ke Selangor ditutup
Sementara Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor memaklumkan 20 jalan utama di negeri Selangor ditutup akibat dilimpahi air berikutan hujan lebat selama dua hari sejak kelmarin.
Dalam satu kenyataan IPK Selangor mengeluarkan senarai jalan-jalan yang ditutup.
Berikut adalah senarai laluan yang ditutup berdasarkan makluman daripada Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negeri:
1.IPD Petaling Jaya
1.1) U-turn keluar dari Airport Subang menghala ke Bulatan Airport
1.2) Lorong Motosikal Susur masuk ke Airport Subang
1.3) Laluan ke lapang Sasar Subang
2.IPD Klang Utara
2.1) Lebuhraya Shahpadu
3.IPD Sg Buloh
3.1) Jalan Merbau Kg Melayu Subang
3.2) Jalan Sg. Plong
3.3) Jalan Gajah 2/3
3.4) Jalan Gajah 2/4
3.5) Jalan Gajah 16
4.IPD Subang Jaya
4.1) Kg Bukit Lancong Putera Hieght
5.IPD Kuala Langat
5.1) Jalan Kebun daripada Shah Alam ke Banting
6.IPD Sepang
6.1) Jalan Labu Lanjut/Taman Dataran Abadi
6.2) Jalan Kota Warisan/BBST
6.3) Jalan Bukit Canggang/ Bandar Baru Salak Tinggi.
6.4) Jalan Salak/Sepang
6.5) Jalan Kg Ginching (hadapan Masjid)
7.IPD Shah Alam
7.1) Jalan Kota Kemuning Lebuhraya KESAS
7.2) Lebuhraya Persekutuan
7.3) Sek 13 Shah Alam
7.4) Jalan HICOM

