Amanah tangguh Konvensyen Nasional

0
3

PARTI Amanah Negara (Amanah) menangguhkan Konvensyen Nasional parti itu yang dijadualkan hari ini ekoran banjir yang melanda seluruh negara khususnya di Lembah Klang.

Presidennya, Mohamad Sabu memaklumkan perkara itu menerusi Facebooknya hari ini.

“Konvensyen Amanah yang sepatutnya diadakan hari ini, telah kita tangguhkan bagi mendahulukan perkara berkaitan kepentingan rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Sabu berkata, sebagai Presiden Amanah, beliau mengarahkan semua peringkat sayap parti terutama Pemuda, Wanita (AWAN), ARiF, WARDA (Wanita Muda), kawasan dan negeri untuk turun segera membantu mangsa banjir di seluruh Negara, khususnya di Selangor.

Konvensyen Amanah Nasional 2021 ini sepatutnya berjalan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, Selangor mulai pagi hingga malam ini.

Semalam berlangsung konvensyen Pemuda dan Wanita Amanah Nasional yang berlangsung secara hibrid. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here