Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak baharu

0
3

TAN Sri Abang Johari Abang Openg mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, malam ini, selepas Gabungan Parti Sarawak (GPS) mendapat mandat susulan menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.

Istiadat Angkat Sumpah Pengerusi GPS itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di Balai Mengadap Utama, Astana Negeri, Kuching.

Abang Johari, 71, yang lengkap berbaju Melayu hitam dan bersongkok mengangkat sumpah jawatan pada pukul 10.42 malam tadi.

Beliau yang tiba di Astana Negeri pada pukul 10.04 malam diiringi isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Turut hadir pada Istiadat Angkat Sumpah ialah dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dan Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan GPS memenangi 45 daripada 82 kerusi pada PRN12 Sarawak.

Abang Johari menang dengan majoriti 3,607 undi di kerusi DUN Gedong dalam saingan empat penjuru menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini hanya memperoleh 703 undi dan Tomson Ango daripada Parti Bumi Kenyalang (157).

Manakala calon Amanah Kamal Bujang mendapat 94 undi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here